RUMAH SEBENAR SAYA!!

Saturday, February 19, 2011

CONTEST "OWH,SO WONDERFUL!" BY SHOPHIE AL-YAHYA



salam keindahan dunia..
waa..
jumpa sesuatu yang best la..
hihihi..
from..
CIK MANIS SOPHIE!!

0rait!
jom mulakan..

gambar owh wonderful saya>>


this!
yang ni tambahan je..
*boleh kan cik Sophie:)*


*pakai camera lappy je:)*

moment sangat woderful saat itu..

hari tu hari khamis,dan hati tue adalah hari 1st pelajar tingkatan 6(PROGEN) pakai baju batik.sebelum ni takde sebab kami tahun pertama yang buat baju batik untuk hari Khamis..
masa tu budak2 form lain sume mengata kitorang,konon2 nak ikut cikgu,pakai baju batik hari Khamis..tapi diorang tak tau,cita-cita kami memang nak jadi cikgu,nak didik anak bangsa..so,kami buat tak kisah apa yang budak lain cakap..

hari tu jugak,kelas kitorang free..cikgu tak masuk,dan kami bukanlah pelajar yang bagus sangat untuk terus amik buku dan study..tak..tu bukan kami..hehehe..
tapi waktu tu,sepanjang waktu persekolahan,kami membincangkan banyak perkara tentang masa depan kami..

perbualan bermula bila kami berkumpul kat meja hujung kelas,dan Atan tanya..
"study kat U best ke ha?aku tengok pic2 kawan2 kita kat FB yang masuk U,Matrik,macam best je:("
Huda "aah kan..kita nie,dok kat sini macam budak sekolah"
senyap....
then,aku cakap,
"takpe la,mungkin rezeki diorang kat situ,rezeki kita kat sini.."
Remy "wawa,ko tak jeles ke tengok kawan2 ko kat SMKAP dulu,sume happy study kat U?"
aku"tipu la kalo aku cakap aku tak jeles,kekadang aku rasa segan nak jawab bila orang tanya,belajar kat mana sekarang?tapi aku still jawab..sambung form 6.."
senyap lagi..
Bulat,Ila ngan Zam dengar je pe yang kitorang cakap..

aku tengok muka sesorang,macam sedih..aku tau,diorang rasa sedih sebab tak dapat masuk U macam kawan2 lain..
aku start bersuara..
"weh,releks la korang,jangan la gini..aku tau ramai orang kat luar sana pandang rendah kat kita sebab kita just masuk form 6,tapi cuba korang pikir,bila kita habis form 6 ni,kita pun akan sambung U jugak,kan?"
"dan lagi satu,korang tak perasan ke?kalau kita tak sambung form 6,kita takkan jadi kawan macam sekarang ni??korang takkan jumpa aku ngan Remy,sebab kitorang sekolah lain dulu..kan?"
sume pandang aku,aku tau dalam hati diorang cakap
"uuuii..wawa ni,dah mula nak buat ayat sedih dah ni.."
tapi aku tak kisah..aku cuma nak yang diorang sedar,dok dalam form 6 bukan satu kehinaan..

Zam"betul!kita kena buktikan yang lepasan form 6 macam kita pun boleh berjaya.."
sume dah senyum time tu..
Ain"weh!korang tau tak,aku sayang korang!!" jerit macam pontianak terbang lepas dengar azan...
dan masa tu ketawa kita dah mula mengilai..
aku"sekarang baru aku tau kenapa dulu aku tolak tawaran masuk UDM(sekarang UNISZA)..
mungkin sebab ALLAH NAK TEMUKAN AKU DENGAN KORANG"

Bulat"aku akan rindu time ni bila kita dah bawa haluan masing2 nanti.."
dan kita semua mengangguk..
Ila"aku mesti akan rindu semua masa kita bersama"
Aku"kalau aku rindu korang nanti,jangan salahkan aku tau..hehehe"
kita ketawa lagi,dan sumpah aku tak tipu,
air mata aku dah mula bergenang..tapi aku cover..
tapi aku perasan,korang pun nangis jugak!tapi semua cover..
chis!!korang memang ego!hahaha~
*sampai situ je yg aku ingat*

sekarang..aku dah tak selalu ngan korang,
aku rindu nak lepak2 ngan korang,
rindu nak dengar Huda bercerita,
rindu nak tengok Atan tido dalam kelas,
rindu nak gi bilik guru ngan Bulat,
rindu nak dengar lawak Zam naga Remy,
rindu nak dengar Ain sound orang,
rindu nak usik Ila..
rindu masa kita dapat pujian,
dan masa kita kena denda ngan cikgu..
KORANG,AKU RINDU KORANG!!!

dan hari ni,Sabtu(19/02/2011)..
Isnin ni,kita akan ambil result STPM kita..penentu semua impian kita selama ni..
ingat,kita pernah janji kan,nak masuk U sama-sama..biar kat U tu,ada penuntutnya yang berasal dari SMK SELANCAR..dan itu adalah KITA!!
doakan keputusan kita nanti adalah seperti yang kita semua harapkan..

tentu pelik kan?KENAPA 9 ORANG JE?
ya,budak kelas aku memang 9 orang je..aku tak pernah terpikir yang aku akan duduk dalam kelas yang pelajarnya hanya seramai 9 orang! and aku tak kisah semua tu..
sebab
AKU SAYANG DIORANG SANGAT-SANGAT!!

video yang aku buat untuk menghargai apa yang berlaku sepanjang 2 tahun tu:)
*maaf cik Sophie,panjang sangat..takpe kan:)*

...............................................................................................................................................
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
.......................................................................
nak tag:


until 20 February 2011

:)

1 comments:

Sophie Al-yahya said...

takpe panjang2 pun.sy suka baca je. =)

tapi kenapa video tu x boleh play ye? ke PC sy yg xleh play?

anyway, wonderful. noted. Thanks for joining & good luck. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...