RUMAH SEBENAR SAYA!!

Saturday, August 31, 2013

September B'day Giveaway 2013

Salam keamanan semua ^_^ pertama sekali, nak mohon maaf kepada pihak penganjur kerana saya buat entry dalam Bahasa Melayu sebab tak berapa bijak dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang betul.. maaf lagi sekali. ok, kedua, jemputlah dulu singgah ke teratak utama saya, BUNGA KAT TAMAN TEMAN!!
Baiklah, beralih pula ke tujuan utama. Giveaway sempena ulangtahun kelahiran penganjur, Cik Manis Nisa!!
wewwiitt~~ Ok, kepada Cik Nisa, Selamat Hari Lahir!!! semoga terus ceria dan manis selalu ^_^ usia takkan dapat menghalang kita untuk menikmati dunia, semoga dipanjangkan umur dipermudahkan urusan, dilancarkan perjalanan, dan dimurahkan rezeki. AMIN... Kepada semua, jangan lupa untuk singgah membeli-belah di laman CIK NISA yang menawarkan pelbagai bentuk kraftangan berunsur jahitan yang comel-comel. Harga pun boleh tahan, sesuai dengan buatannya yang menarik. Ok, jangan lupa ok..
Siapa nak join GA ini, klik Banner atau KLIK SINI!! cepat, sampai 1 September 2013 tau... jom-jom!!
Oh ya, ini istimewa untuk awak cik peminat tegar panda comel dan serakan warna hijau ^_^
walapun tak sampai betul-betul kepada awak, tapi harap ia boleh buat awak tersenyum ^_^
SELAMAT HARI LAHIR!!!

September Giveaway by www.cikyaya.my

Salam keamanan semua... waaaaa~~ aura join GA semakin membara. ayuh teruskan!! opsss. sebelum itu, dijemput semua dan pihak penganjur untuk singgah ke teratak utama saya, BUNGA KAT TAMAN TEMAN!!

klik banner untuk join
Baiklah, GA kali ini ditaja 100% oleh Cik Manis Yaya!! wewwiitt~~
cepat!! sampai 7 September je tau.

GiveAway Follow dan Like Blogshop WanitaGorgeous

Salam keamanan semua!! wah,wah!! semakin bersemangat aku nak join GA nih.. oh sebelum itu, jemput2 la semua dan pihak penganjur bertandang ke teratak utama saya. BUNGA KAT TAMAN TEMAN!! 
Baiklah! GA kali ini telah dianjurkan oleh Cik Manis Wanita Gorgeous!! wewwiiitt~~ memang gorgeous ok. jadi jom la ramai2 join. jangan lupa ke laman pihak penganjur, barangan yang dijual semuanya gorgeous, nanti saya ada rezeki lebih sikit, saya shopping kat sana naa ^_^. 
Ok, KLIK SINI untuk join. cepat!!! sampai 31 Ogos 2013.

Thursday, August 29, 2013

Segmen : Deno Short Giveaway #Part2

salam keamanan semua. baiklah, teruskan lagi dengan GA seterusnya. o, sebelum itu, dijemput semua untuk kek teratak utama saya. BUNGA KAT TAMAN TEMAN!! 
ok, GA ini dianjurkan oleh si manis yang sangat kuat semangat, DENO!!! oyeah!! KLIK SINI UNTUK JOIN ^_^

cepat! cepat! sat ja ni... sampai 31 Ogos 2013

The Longest Giveaway Ever by Ain

Salam keamanan semua. Jom teruskan melibatkan diri dalam GA yok. ok, sebelum itu, jemputlah datang ke teratak utama saya, BUNGA KAT TAMAN TEMAN.!! 
baiklah, GA kali ini tampa istimewa kerana penganjurnya muda lagi, bak kata orang, kecil-kecil cili padi gitu. Ni yang semangat nak join nih, menyokong pelapis-pelapis blogger terbaik Malaysia. keep it up dik manis. oh ya, penganjurnya ialah CIK MANIS AIN!! weewwwiit~~


Dah selesaikan semua syarat kecuali part twitter tu, maaf ye dik, saya tak ada akaun twitter.. T__T
Memandangkan saya telah selamat melepasi semua peperiksaan besar, UPSR, PMR, SPM, STPM, dan juga peperiksaan di universiti, Alhamdulillah.. sedikit tips untuk adik manis ni-
Sebelum melangkah ke medan itu, 
Betulkan niat ikhlas selalu, 
 Kucuplah tangan ayah dan ibu,
Semoga kejayaan kekal bersamamu.

 Terbahak-bahak si anak kutu,
Melihat kucing makannya dicatu,
Senjata Ain doa yang satu,
Tadahkan tangan mohonlah restu.

Dipandang kanan dipandang kiri,
melihat rakan tekun sekali,
Tumpukan perhatian, kuatkan hati,
5A pasti engkau miliki.

Ini kesilapan yang sering berlaku,
Menyemak jawapan selepas peperiksaan,
Jangan disemak soalan itu,
Terus maju jangan ketinggalan.

Dari Johor datang bertandang,
sebelum si adik ke medan perang,
doa akak tak pernah hilang, 
semoga jihadmu tidak kecundang ^_^

Cepat! tarikh tamat sehingga cukup 250 orang atau 20 Disember 2013. lama tu! yok cepat yok!!

Wednesday, August 28, 2013

FIRST MINI GIVEAWAY BY LOLLISTA


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Senarai hadiah:
3 x RM5 topup| 3 x RM5 topup | 1 x Butterfly embroidery shawl | 2x RM5(Cash/topup)

First mini giveaway dianjurkan oleh SimanisLollista dan disponsor oleh Hassetiqa , SuriaHaserinah
dan Ain Sahara
cepat, dah abis tarikh dah ni!! 29 Ogos 2013. hope saya masih sempat ^_^


Monday, August 26, 2013

GIVEAWAY 2013 BY JAJA

Salam Keamanan semua. Baiklah, meneruskan lagi perjuangan melibatkan diri dalam GA. Sementara tak balik USM lagi ni kan.. hehehe..
GA seterusnya dianjurkan oleh JAJA!! weewwwiiitt~~ ok, dah selesaikan semua syarat kecuali follow twitter, saya tiada akaun twitter, maaf ;( . Saya dengan rendah hatinya menyenaraikan hadiah kiranya diri ini yang bertuah InsyaAllah.. 
1. Polaroid Camera
2. T-shirt printing Long Sleeves
3. Voucher RM40 for Pizza Hut
ok, done. KEPADA YANG INGIN JOIN, BOLEH BANNER ATAU KLIK SINI!!! sehingga 30 September 2013 saja tau.. cepat! cepat!

Friday, August 23, 2013

Simple Giveaway july - Dec

salm keindahan dunia.. baiklah. setelah sekian lama tak join GA, inilah masanya!!!! 2 minggu sebelum balik USM, kita mulakan gerakan join GA secara besar besaran. oh,sebelum apa-apa, jemput datang ke blog utama saya, BUNGA KAT TAMAN TEMAN!


Tuesday, August 20, 2013

GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA

salam keamanan semua. baiklah, kali ini bukan sebarang GA. GA ini satu perjuangan. selaku peminat tegar teddy bear bersaiz XXXXXXL, perjuangan ini perlu diambil serius. *ok, semakin tak terkawal nampaknya.. cool~ cool~) sebelum itu, jemputlah datang ke teratak utama saya BUNGA KAT TAMAN TEMAN!!
Ok, GA Awesome ini telah dianjurkan oleh Si Manis Farisha!! Wewwiit~~ mai nak habaq sikit apa yang istimewa tentang GA ini. ok, GA ini menjanjikan hadiah yang sangaaatttttt best! aku pulak yang teruja.haha.
1 x Top Referral
(Teddy Bear Dark Brown 1.2 Meter berharga RM180)
 
1 x Entry Kreatif
(Teddy Bear Dark Brown 1.0 Meter berharga RM160) 
 
 
1 x Pemenang Bertuah
(Teddy Bear Putih 0.8 Meter berharga RM120)
 
 
5 x Pemenang Hadiah Saguhati 
(4pcs Keychain setiap seorang)
(Keychain Teddy Bear Happy Family bernilai RM 80) 
 
Hmm bercerita tentang teddy bear, aku pernah berbicara tentangnya dalam post INI dan INI JUGAK! Jadi, sudilah kiranya si penganjur membantu saya menambah bilangan kawan teddy bear saya, almaklumlah mereka ni suka berkawan. 
oh ya, dah penuhi semua syarat jugak..hihihi.. dah copy link awak beri di bahagian sidebar,share di facebook dengan puisi berserta gambar ini, KLIK SINI UNTUK LIHAT DI FACEBOOK
Gambar: It's not how good you are, It's how good you want to be !!
boneka gebu. 
dicipta buat peneman tidur si kecil,
penawar hati yang terpencil,
mainan ramah yang cukup berhasil.

jangan angkuh boneka.
usangmu akan menjengah,
usia anak itu kian bercambah,

mungkin kau hanya jadi indahnya memori
bila dia ketemu kau

dalam kotak di dalam almari

Wahai si penganjur, 
hari-hari pi blogwalking
contest tak menang takde untung
harap kali ni tuah mendamping
boleh usung teddy bear satu kampung!!

teddy bear besor susah nak dapat,
sanggup diusung walaupun berat,
jangan risau,saya kan kuat,
pasti dijaga penuh cermat!

comel teddy bear sweet gayanyer
sepadan dengan empunya blogger
saya tawarkan utk menjagenyer
so,apa lagi?pilihlah sayer!!!
^_^
Wah, berpantun pula aku malam-malam ini.. hehe..teddy bear punya pasal. Kepada sesiapa yang berminat untuk bertarung, boleh klik banner atau KLIK SINI! sehingga 9 September sahaja tau! lekas!lekas!
~PRAY FOR EGYPT AND SYRIA~

Monday, August 19, 2013

Random Giveaway by Fatin Diana

salm keindahan dunia.. baiklah. setelah sekian lama tak join GA, inilah masanya!!!! 2 minggu sebelum balik USM, kita mulakan gerakan join GA secara besar besaran. oh,sebelum apa-apa, jemput datang ke blog utama saya, BUNGA KAT TAMAN TEMAN!
ok, ga awesome ini telah dianjurkan oleh.. cik manis FATIN DIANA! wewwiitt~~ ok, done penuhi segala syarat. maaf cik penganjur, saya tak ada akaun twitter dan instagram.huhuhu.. saya senaraikan hadiah yang saya inginkan jika saya bertuah dalam GA ini InsyaAllah ^_^
1.Coklat & teddy bear x 2
2.Bawal roses x 1
3.Kpop stuff (such as cap, mug and poster/choose 1 and mention with idol) x 2
ok, selesai. kepada sesiapa yang nak join boleh klik banner atau KLIK SINI!!. GA ini sehingga 1 September 2013. lekas! lekas!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...