RUMAH SEBENAR SAYA!!

Sunday, November 24, 2013

BISNES ONLINE PILIHAN FADWA DAUD DAN INCOME YANG FADWA DAUD IMPIKAN DARI BISNES ONLINE

Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahim.. 
baiklah, Alhamdulillah.. sampai juga ke task kedua. 4 more to go!! ^_^ 
selepas selesai dengan perbincangan kita mengenai bisnes online di ENTRY INI (KLIK!!), mari kita bicara dengan lebih mendalam supaya wawa punya lebih ilmu, anda semua juga punya lebih ilmu InsyaAllah. Jujur wawa katakan sebelum wawa menarik tegang urat-urat tangan untuk menaip, wawa jengah dulu kiriman-kiriman peserta lain yang dah disubmit. Kagum campur segan  pun ada bila baca segala coretan pengalaman mereka. Semuanya punya perniagaan online sendiri. Maka layaklah mereka untuk punya target income melalui perniagaan tersebut. Kerdil benar rasa diri ini daripada mereka semua. It’s ok, wawa go on juga la ye. *malu T_T*

baiklah! Kita straight to the point! Terdapat pelbagai jenis bisnes online yang boleh kita ceburi. Walaupun kadang-kadang pendapatannya tidaklah semewah CEO Petronas tu ye dak. Kadang-kadang cukup untuk beli aispop dua tiga batang kongsi dengan kawan-kawan. Tapi at least pendapatan itu ada.Tapi kalau yang bijak tu, rezeki melimpah ruah, sampai lepas beli Mini Copper macam Jep Sepahtu pujaan hatiku ini. Opss!! >_<

 Antara jenis bisnes online yang wujud di alam maya setakat ini ialah: 
 Jenis yang wawa berminat untuk  ceburi sekiranya ada peluang ialah TOKO ONLINE! Perniagaan ini memerlukan kita menjual berbagai macam barang yang diklasifikasikan dalam bermacam-macam kategori. Peluang usaha Toko Online adalah salah satu peluang yang agak besar dalam industri bisnes online. Dalam ayat budak darjah satunya, perniagaan yang memerlukan produk dipasarkan melalui laman web. Dan! Produk yang wawa rasakan agak menarik untuk dikongsi atau secara hakikatnya, untuk dijual ialah.. contoh kat bawah naa..
KLIK KAT GAMBAR JIKA INGIN TERUS KE PAGE TERSEBUT ^_^


mak aih.. comelnya barang-barang nih... 
Wawa rasa potensinya agak besar. sebab tak ramai yang boleh pasarkan produk sebegini.
Bercerita pula tentang income. Haruslah target kita tinggi kan. Mencapai 1k sebulan mungkin sekiranya produk ini mendapat sambutan. uihhh.. kalau dapat income yang memberangsangkan... ini impian saya :) InsyaAllah..
(388 patah perkataan) *lagi sekali mengikut format assignment*
p/s: saya tiada twitter.. maaf ye :)
Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...