RUMAH SEBENAR SAYA!!

Monday, November 11, 2013

BISNES ONLINE MENURUT PANDANGAN FADWA DAUD

Baiklah… assignment geografi dan kaedah mengajar dah siap. Sekarang menyibukkan diri dengan assignment blog pulak.. baru task 1, ada 5 lagi. Tarik nafas panjang…. Gambate!!

Tajuk kali ini berkisar tentang bisnes online, atau dalam bahasa orang korporatnya, ‘perniagaan alam maya’. Jika dahulu kita telah didedahkan dengan dunia perniagaan, sejak daripada zaman Rasulullah lagi, perniagaan memang salah satu bidang yang digalakkan oleh baginda dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Yang Esa. Rasulullah pernah bersabda “Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi). Tudiaa.. hadis mari! Ok, tapi ini serius ok. Jadi, kepada yang sedang menjalankan perniagaan, tahniah saya ucapkan. Salah satu sunnah Rasulullah telah anda laksanakan. ( tepuk tangan dengan muka bangga)

Ok, itu cerita tentang zaman dahulu. Zaman sekarang ni, dunia dah berubah, dunia dah cukup berubah. Semuanya di jari anda, semuanya di dalam poket anda (phone atau tab laa..), semuanya di dompet anda (duit! Dan kad bank!!) perniagaan dah boleh berjalan dalam pelbagai dimensi, dan yang sedang hot macam baru masuk dalam kereta yang parking kat luar mall di tengah terik panas, ni yang sedang kita bincangkan ni, bisnes online!! Orang kata, semampu mana kita boleh buat untuk hidup, buat asalkan halal! Tak tahu sejak bila bermulanya fenomena bisnes online ini tapi tak apa… jom borak lagi.

Wawa (nak guna ‘aku’ macam kurang sopan sangat kan, nak guna ‘saya’, macam bagus-bagus la pulak) pernah juga berbelanja melalui online ni, barangannya tudiaa habaq hangggg…macam-macam! Ok ini antara online bisnes yang kebanyakannya orang dah kenal. Famous, meletop kau! kalau berminat, klik ja gambar tu naa.. sama-sama bantu orang kita.. apa salahnya ^_^





 

Bisnes online ini bukan calang-calang orang boleh buat, bukan main petik, terus jalan. Otak kena bijak main peranan. (ok, wawa cakap lagak macam dah berpengalaman kan, haha..tak.. tak.. hanya buat kesimpulan daripada bacaan-bacaan umum, dan pengalaman blogger2 yang berkongsi pengalaman mereka) Strategi kena lengkap, kena pikap bagi sentiasa kena dengan perubahan masa. sebab tu wawa cakap tak semua orang boleh buat, even yang dapat keputusan 21A SPM pun tak boleh kalau dia tak berfikiran seperti seorang usahawan. Jadi peniaga kena bijak ambil risiko, alam maya bukan alam sebarangan, pelbagai manusia kita boleh jumpa. Tapi semua itu yang mematangkan kita. Macam juga jadi cikgu, bila dah separuh hayat kita diabadikan di sekolah, sekali imbas sahaja , kita dah boleh tahu pelajar tu perangai dia lagu mana.. percayalah…

Tapi satu yang penting kalau join bisnes online ni, azam kena kuat, tak boleh jatuh sikit terus baring terlentang serkup muka dengan pasir. Kena bangun, sapu tanah-tanah yang melekat kat siku, lutut, jalan semula.. kalau bijak jaga langkah, sampai la kita ke destinasi, siap boleh bawa pengikut lagi, buat rombongan cik kiah insyaAllah. J    

(411 patah perkataan) < terikut style assignment, pergghh.. mujur tak buat nota kaki, bibliografi bagai..                    

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja oleh MamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shakleeuntuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok danVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

3 comments:

Siti Nurazwaniza said...

GIVEAWAY BARU SAHAJA BERMULA !!!! JEMPUT JOIN & PROMOTE SEKARANG !!!!

Ada hadiah Jubah, Dress Labuh, Handsock, Shawl, Pashmina, Tasbih Digital, Cardigan dan macam-macam lagi untuk direbut. Jangan lepaskan peluang anda. Apa tunggu lagi? JOM SERTAI SEKARANG !!!!! :)

http://sitinurazwanizalife.blogspot.com/2013/11/simple-holiday-giveaway-by-sn.html

Pakar Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak said...

Salam Fadwa.

Terima kasih atas entry task 1 untuk Contest Iphone 5S ni.
Pandangan yang bernas dan menarik.

btw, tahniah kerana terpilih dan InsyaAllah esok akan bermula task 2.

So, nantikan update dari superibu.com

Good luck :)

Pretty Blossom said...

Tahniah di atas kelayakan tuan/puan untuk task ke-2
semoga berjaya :)

http://www.pretty0blossom.com/set-mengandung-shaklee-super-jimat/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...